Khamis, 5 Januari 2012

I MISS HER SO MUCH

Dah lama tangan ini tidak bergerak di sini... Hari ini aku kesini ingin menceritakan sesuatu tentnag sebuah perasaan...

Adam adalah salah seorang sahabatku yang rapat... umurnya kelihatannya seumur denganku... Aku berkenalan dengan dia di kL semasa aku mengikuti sebuah kursus... Bila aku ke kL aku selalu melawat dia... Banyak dia ceritakan perihal kisah cintanya pada aku...

5 tahun lalu dia ada jatuh hati pada seorang gadis di sekolah dia dalam dia, kerana dia takut dia tak dapat luahkan isi hatinya pada gadis itu... Lagipun Gadis itu mencintai orang lain dan orang itu sahabatnya jugak... Dia akhirnya memendamkan perasaannya... Biasanya dia akan menjadi orang tengah diantara gadis yang dia minati dengan sahabatnya itu... Sehingga akhirnya hubungan gadis itu dan shabatnya kian goyah dan akhirnya runtuh pada 3 tahun lepas...

Dan pada waktu itu dia mula sedar yang dia sangat mencintai gadis itu... dia mula meluahkan isi hatinya pada gadis itu... Gadis itu serba salah dan berterus terang yang dia hanya mengganggap Adam sebagai sahabatnya yang paling akrab dan juga sebagai keluarganya... Dia tak boleh menerima Adam...

Adam menelan semua itu dengan penuh sabar... Dia cuba melupakan gadis itu disamping gadis itu kian menjauhkan diri darinya... Apabila dia tersedar gadis itu cuba untuk menjauhkan diri darinya... Gadis itu kian menjauhkan diri darinya... Gadis itu telah menemui lelaki yang terbaik untuknya kata gadis itu dia akan mengahwininya...

Adam cuba untuk melupakan gadis itu... Namun setelah 2 tahun berlalu dia tetap masih mengingati dan merindui gadis itu... Fikirannya masih bermain difikirannhya... Dia cuba mencari gadis itu tapi gagal mungkin Allah s.w.t. tidak mengizinkannya... Dia percaya "Jika kita mencintai seseorang biarlah ia pergi menemui kebahagiaannya itu juga akan membuatkan kita bahagia, dan jika dia kembali bermakan dia hanya akan bahagia bersama dengan kita"

Apa yang dia boleh lakukan hanyalah mendoakan agar gadis itu kembali padanya dan Gadis itu akan bahagia walau dengan siapa dia pergi...

Satu Rahsia dia tidak memberitahu gadis itu dan dia telah berkongsi dengan saya ialah.... 6 tahun lalu sewaktu gadis itu mula berkenalan dengan sahabatnya dia lah yang memulakan semuanya dia yang mengaturkan segalanya mesej pertama yang diterima gadis itu dia yang hantarkan menggunakan telifon bimbit sahabatnya... Dia yang memperkenalakan gadis itu pada sahabatnya.... Kerana gadis itu mahu cuba mencintai sahabatnya itu... Kerana gadis itu juga dia meminta dan merayu kepada sahabatnya agar menerima dan menemani gadis itu diwaktu dia susah... Malah dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan gadis itu bahagia...

Tapi kenapa gadis itu tetap tidak nampak semua ini... menganggap dia tiada apa-apa... kian menjauhi dirinya... mungkin, mungkin kerana dia sememangnya tidak layak untuk gadis itu... Mungkin gadis itu ;ebih layak untuk orang yang lebih baik darinya... Walau bagaimanapun katanya dia ttp akan mencintai, merindui gadi itu... Dia takkan biarkan gadis itu pergi dan terus hilang dari hatinya... Sesungguhnya dia MENCINTAI & MERINDUI gadis itu selamanya....

Sekian...