Khamis, 29 Julai 2010

Buat temanku,

Aku gembira kerana aku mempunyai teman seperti mu, yang selalu mendampingi ku di kala aku dalam kegembiraan mahupun aku dalam kesedihan kau sentiasa ada.... Kau amat bererti buat ku, dan tertitis air mata aku bila melihat mu menunggu masa mu. Adakah tiada lagi peluang untukmu dan untukku bersama buat masa yang lebih lama... Namun aku teruja apabila aku masih dapat melihat bibir mu masih mampu melemparkan sekuntum senyuman untukku.... Tapi kenapa kau boleh tersenyum walau kau telah mengetahui yang kau akan tinggalkan dunia yang fana ni, meninggalkan orang yang kau sayangi, meninggalkan aku.... Tidakkah kau terasa perit?

Tapi aku tahu ape yang tersembunyi di belakang senyumanmu itu, betapa peritnya hati mu ingin meninggalkan orang yang kau sayangi.... Aku bukan mengenali mu hanya buat setahun dua, jadi aku tahu benar ape yang ada di hatimu itu walau sebaik mane kau sembunyikan.

Telah banyak kematian yang aku lihat, dan ia berlaku pada orang yang aku sayangi orang yang sentiasa mendampingi ku.... Kenapa? Aku juga tak memahaminya hanya DIA yang Maha Mengetahui. Namun mungkin selepas ni sampailah saat aku pula meninggalkan dunia fana ini dan menemani mu di alam yang kekal nanti

Buat teman ku Nur Syuhada Ghazali al-Fatihah untukmu.......................................

Selasa, 20 Julai 2010

Tiadakah Kemaafan Untuknya lagi


Heran....
Kenape?

ruangan ini ditulis apabila hatiku ini terdetik sedikit keinsafan setelah melihat sebuah drama yang ditayangkan di ASTRO...

Mengisahkan seorang perempuan tua yang telah menghidap penyakit HIV pulang ke kampung halamannya untuk mencari sedikit ruang ketenangan... Namun sebaliknya berlaku, dia dikeji, dihina dan dicaci oleh penduduk kampung nya sendiri MasyaAllah sehingga begini sekali dia dicaci, sehingga begini sekali dia dihukum.... Apakah dosanya kepada penduduk kampungnya? heran begitu rakus sekali mansia ini...

Sebenarnya ia bukanlah perkara yang ganjil kerana ia kerap berlaku di mana-mana sahaja... orang seperti perempuan tua nih(yg menghidap penyakit HIV) selalu diperlakukan seperti ini dipulaukan oleh masyarakat, dicaci & dihina... Malah jika mereka meninggal tiada yang sanggup memandikan mereka... Saya bukan ustaz @ ahli ulama tapi saya pernah belajar menguruskan jenazah adalah suatu fardhu kifayah bermakna jika dalam sesebuah kampung tidak melaksanakan maka seluruh penduduk kampung itu akan menanggung dosa... Walaupun jenazah itu mempunyai penyakit berbahaya seperti ini adew caranya untuk menguruskan jenazah sepertinya....

Tidak tau akan cara penyakit seperti HIV ini merebak menyebabkan berlakunya pemulauan... Kurangnya ilmu fikirlah jika penyakit ini boleh merebak dengan mudah takkan lah pihak hospital melepaskan pesakit-pesakit ini begitu sahaja...

INFORMASI untuk para pembaca
1. Penyakit ini boleh berjangkit lalui penggunaan jarum suntikan yang sama.(kerana inilah penagih dadah mudah menghidap penyakit ini
2. Melalui darah mereka (untuk mencuci luka-luka pesakit memerlukan anda memakai sarung tangan plastik bagi menghindari wabak tersebar)

ini adalah beberapa cara penyakit ini blh merebak selain itu penyakit ini juga blh berjangkit melalui perkongsian penggunaan barang-barang...

PERHATIAN penyakit HIV ini takkan tersebar melalui udara... kalau senang tersebar melalui udara ramailah yang akan menghidap penyakit ini. Rujuklah dihospital bagaimana merawat mereka....

Penghidap-penghidap penyakit ini perlu dibantu dengan memberi sokongan hidup pada mereka, bukannya dicaci & dihina seperti kebanyakkan yang berlaku.... Mereka juga manusia.... Mungkin mereka pernah melakukan dosa suatu ketika dulu tapi mereka telah bertaubat bukan kite yang ditugaskan untuk menghukum.... hukumannya biarlah antara dirinya dengan Sang Maha Pencipta sahaja jangan lah kite mengganggu urusan Allah S.W.T.

Malah adew antara mereka yang tidak pernah diminta untuk menjadi seperti itu tetapi akibat kecuaian mereka, akibat mereka tersalah langkah, akibat dari paksaan orang yang tidak berperikemanusiaan mereka menghidap penyakit maut ini.... Takkanlah mereka-mereka ini juga kite nak hukum dengan memulaukan mereka, adilkah?

Sebelum kite menghukum orang cubalah kite meletakkan diri kite ditempatnya bagaimana kite rase dah lah berpenyakit, penyakit pula tunggu maut, dihina lak dek orang disekeliling.... Sedih bukan.... Adakah kitew ini manusia yang tidak bertamadun? adakah kite ini manusia yang tidak berperikemanusiaan kepada sesama manusia?

Renungkanlah....

*mohon maaf jika adew ayat diatas menyinggung mana-mana pihak sekadar perkongsian waallahualam........


Isnin, 19 Julai 2010

DUIT ALAHAI DUIT!!!



WOOOO!!!!!!! Banyak nye duit. Alangkah bagus kalau adew duit banyak cam ni lagi bayak, lagi bagus(hanya mampu berangan buat masa nih)

Hai dah lama aku tak mengisi ruangan blog aku nih huhuhu... kini daku kembali.....

PERHATIAN mitak maaf kat someone tu... sebab tercuri idea die... bukan niat nak mencuri sebenarnya tapi tetiba jew terminat dengan tajuk die...

Well betul kew duit nih segala-galanya sekarang? meh kite kire...

makan & minum... duit
elektrik & air... duit
Pakaian... duit
study... duit
CINTApun... duit
kahwin.... duit lagi....

Sapew kate cinta yang sejati tak memerlukan duit tu adew problem lah tu.... cinta pun memerlukan duit tau meh kitew tengok....

Korang berhubung menggunakan handphone ataupun telifon rumah.... hanphone korang kene topup baru blh call kekasih korang... kalau pakai phone rumah kene bayar bil jugak lainlah kalau mak bapak korang tak kesah kan diorang tolong bayar...

Kalau nak berhubung gune surat tapi orang dah tak main dah sekarang... nak kene gune pos laju baru cepat sampai kan maunya 2-3 ringgit skali hantar... mase yang korang luangkan kat pejabat pos lagi hahaha....

mase besday korang boy/girl friend korang bagi hadiah mestilah mahal bari rase dihargai... mase besday diorang lak korang tak nak balas kew? mesti balas kan.... duit jugak

Boleh dikatakan semuanya memerlukan duit tak de yang percuma lah even nak p tandas pun kene bayar siap adew list lagi tuh....

Duit nih bagaikan keperluan yang penting pade mase kini kalau tak de duit tak makan lah jawabnya.... Adew orang katew duit nih membahagiakan seseorang tu... lagi banyak duit yang die adew lagi bahagia seseorang tu. Tak kurang jugak yang mengatakan duit nih boleh melalaikan kitew... it's up to the person lah cam ne dia gunakan duitnya itu...

Pernah tak pegang duit yang banya RM5k ke? aku pernah lah malah 10k pun aku pernah tapi tu suma duit bos aku mintak tolong simpan. Perasaan pegang duit yang banyak nih memang best rase cam dunia ini aku lah yang punya hahaha.... Tapi takut jugak buatnya orang tau aku nih berduit dirompak lak....

Bagi aku sebnyak manew duit yang adew pun memang tak de yang hebatnya kerana lama-kelemaan dia akan habis juga kerana duit ini akan mengalir keluar seiringan dengan perjalanan hidup kitew bagaikan air sungai yang tak berhenti mengalir... Tambahan lagi dengan harga barang yang kian naik tapi tak pernah turun-turun nih alasan sebab minyak naik tapi bila minyak turun harga barang tetap same. heran kan...

Nak bagitau kat korang dulu aku tak pernah rase pun kepentingan duit nih kerana dulu ape yang aku nak aku dapat tunggu mintak jew... bukanlah nak katew keluarga aku nih tahap VVIP or VIP tapi mampulah nak bagi apew yang aku mintak tu memandangkan aku anak bongsu...

Kini aku sedar bertapa pentingnya duit tu setelah aku memasuki IPT. Aku memang menerima loan dari kerajaan nak kate tak cukup tu cukup sepatutnya tetapi cara penggunaan aku tuh keterlaluan... bayangkan habis jew semester duit loan aku tinggal 2,3 ratus jew aku pun heran ke mana aku belanjakan loan aku tuh... nak kate bayar duit sewa rumah aku menetap di kolej... Kadang-kadang terfikir kalau aku menyewa rumah sewa nanti cukup ke loan aku? even parents aku kate aku blh mintak kat diorang tapi takkan aku nak mintak n diorang kan loan kan dah adew... Kalau blh aku tak nak lah harapkan duit diorang lagi tapi kalau dah terdesak ape kan daye....

Konklusinya, duit tuh takkan cukup untuk kitew yang penting kita menghargai apew yang kitew adew dan menggunakan sebaik mungkin dan mendekati diri kitew dengan Allah s.w.t. InsyaAllah kitew akan mencapai kebahagiaan...

InsyaAllah aku nak menjadi seorang yang berjaya di masa akan datang dan tak perlu lagi bergantung padew parents aku malah aku lak yang membantu mereka Amin....

Duit oh duit dimana kau duit....

Selasa, 6 Julai 2010

BOSANNNN!!!!!!

BOSAAANNNN WEIIHH....

Hah tak de idea nak tulis lor... lagipun cbuk skang nih aduyaiii... nanti adew idea aku karang

hahhaha nak cari idea yang best2.... Nak kasi karang panjang2 huhuhu