Khamis, 29 Julai 2010

Buat temanku,

Aku gembira kerana aku mempunyai teman seperti mu, yang selalu mendampingi ku di kala aku dalam kegembiraan mahupun aku dalam kesedihan kau sentiasa ada.... Kau amat bererti buat ku, dan tertitis air mata aku bila melihat mu menunggu masa mu. Adakah tiada lagi peluang untukmu dan untukku bersama buat masa yang lebih lama... Namun aku teruja apabila aku masih dapat melihat bibir mu masih mampu melemparkan sekuntum senyuman untukku.... Tapi kenapa kau boleh tersenyum walau kau telah mengetahui yang kau akan tinggalkan dunia yang fana ni, meninggalkan orang yang kau sayangi, meninggalkan aku.... Tidakkah kau terasa perit?

Tapi aku tahu ape yang tersembunyi di belakang senyumanmu itu, betapa peritnya hati mu ingin meninggalkan orang yang kau sayangi.... Aku bukan mengenali mu hanya buat setahun dua, jadi aku tahu benar ape yang ada di hatimu itu walau sebaik mane kau sembunyikan.

Telah banyak kematian yang aku lihat, dan ia berlaku pada orang yang aku sayangi orang yang sentiasa mendampingi ku.... Kenapa? Aku juga tak memahaminya hanya DIA yang Maha Mengetahui. Namun mungkin selepas ni sampailah saat aku pula meninggalkan dunia fana ini dan menemani mu di alam yang kekal nanti

Buat teman ku Nur Syuhada Ghazali al-Fatihah untukmu.......................................

Tiada ulasan: