Selasa, 20 Julai 2010

Tiadakah Kemaafan Untuknya lagi


Heran....
Kenape?

ruangan ini ditulis apabila hatiku ini terdetik sedikit keinsafan setelah melihat sebuah drama yang ditayangkan di ASTRO...

Mengisahkan seorang perempuan tua yang telah menghidap penyakit HIV pulang ke kampung halamannya untuk mencari sedikit ruang ketenangan... Namun sebaliknya berlaku, dia dikeji, dihina dan dicaci oleh penduduk kampung nya sendiri MasyaAllah sehingga begini sekali dia dicaci, sehingga begini sekali dia dihukum.... Apakah dosanya kepada penduduk kampungnya? heran begitu rakus sekali mansia ini...

Sebenarnya ia bukanlah perkara yang ganjil kerana ia kerap berlaku di mana-mana sahaja... orang seperti perempuan tua nih(yg menghidap penyakit HIV) selalu diperlakukan seperti ini dipulaukan oleh masyarakat, dicaci & dihina... Malah jika mereka meninggal tiada yang sanggup memandikan mereka... Saya bukan ustaz @ ahli ulama tapi saya pernah belajar menguruskan jenazah adalah suatu fardhu kifayah bermakna jika dalam sesebuah kampung tidak melaksanakan maka seluruh penduduk kampung itu akan menanggung dosa... Walaupun jenazah itu mempunyai penyakit berbahaya seperti ini adew caranya untuk menguruskan jenazah sepertinya....

Tidak tau akan cara penyakit seperti HIV ini merebak menyebabkan berlakunya pemulauan... Kurangnya ilmu fikirlah jika penyakit ini boleh merebak dengan mudah takkan lah pihak hospital melepaskan pesakit-pesakit ini begitu sahaja...

INFORMASI untuk para pembaca
1. Penyakit ini boleh berjangkit lalui penggunaan jarum suntikan yang sama.(kerana inilah penagih dadah mudah menghidap penyakit ini
2. Melalui darah mereka (untuk mencuci luka-luka pesakit memerlukan anda memakai sarung tangan plastik bagi menghindari wabak tersebar)

ini adalah beberapa cara penyakit ini blh merebak selain itu penyakit ini juga blh berjangkit melalui perkongsian penggunaan barang-barang...

PERHATIAN penyakit HIV ini takkan tersebar melalui udara... kalau senang tersebar melalui udara ramailah yang akan menghidap penyakit ini. Rujuklah dihospital bagaimana merawat mereka....

Penghidap-penghidap penyakit ini perlu dibantu dengan memberi sokongan hidup pada mereka, bukannya dicaci & dihina seperti kebanyakkan yang berlaku.... Mereka juga manusia.... Mungkin mereka pernah melakukan dosa suatu ketika dulu tapi mereka telah bertaubat bukan kite yang ditugaskan untuk menghukum.... hukumannya biarlah antara dirinya dengan Sang Maha Pencipta sahaja jangan lah kite mengganggu urusan Allah S.W.T.

Malah adew antara mereka yang tidak pernah diminta untuk menjadi seperti itu tetapi akibat kecuaian mereka, akibat mereka tersalah langkah, akibat dari paksaan orang yang tidak berperikemanusiaan mereka menghidap penyakit maut ini.... Takkanlah mereka-mereka ini juga kite nak hukum dengan memulaukan mereka, adilkah?

Sebelum kite menghukum orang cubalah kite meletakkan diri kite ditempatnya bagaimana kite rase dah lah berpenyakit, penyakit pula tunggu maut, dihina lak dek orang disekeliling.... Sedih bukan.... Adakah kitew ini manusia yang tidak bertamadun? adakah kite ini manusia yang tidak berperikemanusiaan kepada sesama manusia?

Renungkanlah....

*mohon maaf jika adew ayat diatas menyinggung mana-mana pihak sekadar perkongsian waallahualam........


Tiada ulasan: