Isnin, 31 Mei 2010

Nasib Buruk


Pernah tak korang alami nasib buruk atau ape2 perkara yang seumpama dengannya... takkanlah korang tak pernah... Aku??? aku dah banyak kali dah cam nak lupakan suma nasib buruk tu demi ketenangan diri aku sendiri.... Tapi adew orang ckp la, and aku pun setuju n apew yang diorang tulis nih...


Di sini aku kongsikan n korang apew yang aku baca. Ni suma aku ambik dari sebuah buku...

"Pasti ada sebab atas segala nasib buruk yang melanda kitew. kadang-kadang ianya disebabkan oleh kesilapan manusia disekeliling kitew & kadang-kadang atas kesilapan kitew sendiri.

Dijadikan bala itu ada kalanya untuk menghukum dan ada kalanya untuk menguji sejauh mana akal menilai ilmu yang diberi.

Sebahagian besar kitew gemar menyalahkan kelalaian/kesilapan manusia lain apabila berlaku sesuatu bala musibah.

Berapa ramaikah yang sanggup melihat di cermin dan mengkaji atau mengakui kesilapan diri kitew sendiri"


Adakah korang suma setuju? yer apew yang ditulis suma tu betul bagi aku... bukan sahaja musibah yang melanda kitew malahan suma yang berlaku pada kitew baik buruknya pasti adew sebab munasababnya cuma kitew jew malas nak pikir... bilew senang kitew enjoy mulalah tak ingat tuhan tak ingat pada orang yg memerlukan, tapi bilew kitew susah ingat pulak kat tuhan siap maki hamun lagi kenapalah diturunkan bala... MasyaAllah.


Satu lagi bilew buat salah tu senang2 korang jew menuduh org lain yang menyebabkan korang ditimpa bala kalau betul tak pe lah jugak tapi nih siap buat story lagi... ishk... jatuh fitnah korang tau alahai... cuba-cubalah korang nilai dulu diri korang tuh cermin dulu betul kew org laen yang korang jadi cam tu ke korang sendiri yang buat.... cubalah mengaku kesalahan diri sendiri tak de salahnya gentleman lagi


"Setiap keilapan adalah pengalaman & setiap pengalaman adalah ilmu.

jika kite benasib baik, pengalaman pahit akan mengajar kitew untuk menjadi manusia yg lebih bijak dan cengkal.

Jika kite lemah kesilapan itu akan memusnahkan kita, alangkah malangnya jika kita dihukum atas kesilapan dan menjadi manusia yang tewas hingga ke akhir hayat."


Setiap kesilapan itu akan mengajar kitew erti kehidupan akan membantu kitew menghadapi hari yang mendatang... jangan biarkan diri kitew tewas untuk selama-lamanya selagi hayat dikandung badan selagi itu kitew memperjuangkan kehidupan kitew ke arah yang lebih baik. Berusahalah....


"Setelah berusaha, berdoalah memohon perlindungan kerana DIAlah yang Amat Berkuasa dan Amat Mengasihani terutamanya pada hambaNya"


Berdoalah kerana itu adalah senjata kitew berserahlah pada Allah. s.w.t. semoga dia memberkati perjalanan hidup kitew.



Doa Waktu Ditimpa Musibah

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali. Ya Allah berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibah)




"bacalah dan amalkan moga dengannya hidup kitew akan lebih aman"


Allahhuakhbar!!!!

Sabtu, 22 Mei 2010

Apabila ayat-ayat cinta bercerita



Habiburrahman Saerozi @ El Shirazy seorang novelis yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Malalui novel pertama yang dikeluarkannya iaitu ayat-ayat cinta seterusnya ketika cinta bertasbih 1 & 2 telah mengangkat nama beliau....

Aku di sini bukan untuk menceritakan biodata beliau kerana semua telah maklum siapa beliau, yang aku ingin ceritakan mengenai novel2 beliau, ape yg aku dapat darinya...

2 hari yg lalu sewaktu aku mebelek-belek akhbar yg dibeli papaku tiba-tiba aku tertarik dengan satu artikal mengenai novelis dari Indonesia ini... Tiba-tiba hati ini datang keinginan untuk membaca karyanya itu, sehebat manakah karyanya sehingga sekarang masih menjadi perbualan sebilangan orang...

Lalu saat itu juga aku mencari novelnya menerusi internet, hanya beberapa novel yang aku tahu seperti ayat-ayat cinta dan ketika cinta bertasbih... Suatu ketika dahulu aku pernah menonton filem ayat-ayat cinta ini melalui seorang sahabat jadi aku menetahuilah serba sedikit, tapi ku ingatkan cerita ini hanya menumpukan kisah cinta sahaja.

Aku berjaya menghabiskan novel ayat-ayat cinta dalam masa 4 hari disamping kesibukan dengan kerja. Kali pertama aku membacanya tak de ape2 yang berlaku namun makin lama aku makin tenggelam di dalamnya makin lama aku makin ghairah ingin mengetahui penamatnya. Akhirnya kau berjaya menamatkannya pada pukul 3 pagi tadi.

Hmm... banyak yang aku dapat dari novel ini. novel ini memperlihatkan aku bertapa besarnya kekuasaan tuhan, betapa dimulia & dilindunginya orang2 yg soleh padaNya. Aku turut diperlihatkan bertapa kasihnya Allah s.w.t. pada makhluknya tidak kira Islam @ non-Islam tambahan lagi pada yang benar-benar ingin memeluk Islam bertambah-tambah kasihNya. Allah s.w.t. memberikan hidayahnya pada sesiapa sahaja yg Dia mahukan malah Dia juga menutup pintu hidayahnya untuk sesiapa sahaja yg Dia mahukan. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu Maha Berkuasa atas segala makhluk ciptaanNya. Semoga kitew didalam orang2 yang dibukakan pintu hatinya dan dikurniakan hidayah dari-Nya

Selain itu, novel ini juga memperlihatkan kesucian cinta antara manusia dengan penciptaNya, manusia dengan pembimbingnya(Rasullah s.a.w) dan manusia dengan manusia yang berlandaskan Islam demi beribadah pada Sang Pencipta.

Bagi aku amat wajar novel ini diangkat sehingga ke antarabangsa sehinggakan difilemkan & diciptakan khas lagunya kerana novel ini adalah sebuah novel yang boleh menyedarkan orang ramai tentang keindahan & keagungan agama Islam, agama Allah s.w.t.

Semua ini apa yg aku dapat dari novel ini, mane tahu kamu yang lain boleh mendapat yang lebih baik dari yang aku dapat jika membacanya sendiri tak rugi rasenya diriku ini meluangkan masa untuk membaca novel sehebat ini.

Allah Maha Pemberi ia akan memberi pada hambanya yang betul-betul berkehendakan dan pada hambanya yang suka mendoakan untuk yang lain. Semoga Kita semua memperoleh hidayah dan keredhaan dari Yang Maha Agung untuk ke jalanNya... InsyaAllah

Aku akan habiskan 2 novel lagi InsyaAllah aku akan meluangkan masa aku jika ini adalah hidayahNya untuk ku

Khamis, 20 Mei 2010

Aku bukan malaikat mahupun nabi, aku hanyalah manusia biasa

aku hanyalah manusia biasa seperti kau orang.... takkanlah kau orang tak pernah melakukan kesalahan? manusia biasa takkan dapat lari dari melakukan kesalahan. Manusia tetap juga akan melakukan kesalahan biarpun hanya sebesar kuman....

Sedarlah wahai kau orang semua tiada manusia di atas muka bumi ini terbaik.... manusia tetap manusia, akan melakukan kesalahan juga walaupun kecil....


Tapi mengapa, mengapa kesalahan orang itu juga yang kau orang semua nampak!!! cubalah kau orang cermin diri kau orang semua adakah kau orang tu sebaik malaikat???? kalau kau orang rase diri korang dah terbaik cubalah korang tolong mereka yang lemah ni bukan menyalahkan mereka, menindas mereka atau mempergunakan mereka.....


Alahai manusia betapa malangnya kamu semua, kamu semua hanya dapat melihat semut biarpun berada diseberang laut, tapi kamu buta apabila tidak dapat melihat gajah didepan matamu.... mengapa?
Kamu dapat melihat kesalahan kecil yang dibuat orang disekitar kamu siap kamu semua kutuk lagi, tapi kamu tidak dapat melihat kesalahan lebih besar yang kamu lakukan yang kamu sedang lakukan....


Kitew bukan sesiapa untuk menghakimi sesiapa pun kerana kitew perlu ingat kitew juga sering melakukan kesalahan. Hanya DIA yang berhak menghakimi para makhluknya


Berubahlah semua jangan lah kerana masalah yang kecil dibesar-besarkan.... Ampunilah mereka yang membuat salah kerana kadangkala ia bukan disengajakan oleh sesiapa pun ia terjadi dengan spontan... Tak salah kitew memaafkan orang kerana memaafkan orang amat mulia disisi Allah s.w.t.


Satu lagi janganlah kitew asyik menuding jari antara satu sama lain kerana itu boleh dijadikan penyebab suatu perpecahan, Sebaiknya kitew mengaku kesalahan kitew apabila kitew melakukannya dan terima hukuman yang patut kitew terima dengan redho mungkin sesuatu yang baik menunggu kitew suatu hari nanti.


Kau orang suma fikirlah sendiri baik buruknya kerana aku pasti semuanya dah matang pandai berfiir baik buruknye k have a nice day
Hulurkan lah sebesar kemaafan,
untuk sekecil kesalahan sekalipun
renungkan

Selasa, 18 Mei 2010

Cinta yang terpisah.... Menemui cinta baru

Huh agak-agaknye apew yang aku nak tulis yer berkaitan tajuk nih?
Sebenarnye aku nak story kat korang suma satu kisah yang kawan aku ceritakan nih....
cerite die lebih kurang dengan gosip lagu selagi adew rindu tu, cuma laennya hero dia diselamatkan oleh seorang yang boleh dikatakan angel ah....
Tapi betul kew cite nih terjadi.... aku pun tak tau, tapi heroin cite nih aku kenal memang baik orangnya....

Kawan aku nih namanye Zaki(bukan nama sebenar). kite orang kenal kat sebuah kem mase kat sekolah menengah.

Citenye bermula mase die berumur 12 tahun mase baru nak kenal erti cinta lah katakan.... Zaki nih memang seorang yang baik. Pertemuan pertama dengan seorang gadis yang bernama Farhanis(bukan nama sebenar) berlaku di sebuah perpustakaan kat tempat diorang tinggal. Farhanis nih adew seorang adik kembar bernama Farhana(bukan nama sebenar). Sejak pertemuan mereka yang pertama mereka kerap berhubung adew yang membincangkan tentang pelajaran adew yang saje2 melepas rindu.

Tapi malang tu bak kate org xberbau (kalau berbau dah lama orang lari)
Mereka Zaki & Farhanis terlibat dalam satu kemalangan sewaktu mereka dalam perjalanan ke rumah Farhanis yang sewaktu tu kereta mereka naikki dipandu pemandu keluarga si Farhanis nih.... Zaki cite dia selepas kemalangan tu die dapat dengar suara Farhanis meminta tolong, dia pengsan selepas tu. Bile sedar jew dah kat hospital n sewaktu tu dia lihat adik Farhanis, Farhana sedang tidur disebelah nye.

Dia dapat tahu yang Farhanis dah meninggal dan telah dikebumikan jenazahnya sewaktu dia dalam koma.... Mase tu dia macam menyalahkan dirinya dengan kematian Farhanis.... Sampailah satu hari dia hampir membunuh diri dengan niat nak terjun dari bangunan hospital tapi masa tu Farhana lah datang menasihat Zaki memberi semangat kepadenye. Waktu tu jugaklah die sedar semua itu adalah takdir tuhan dan dia sedar yang setiap yang berlaku ade buruk dan baiknye.

Sejak itu Farhana lah yang menemani Zaki, menjadi pendengar yang setia dan pekongsi yang baik. Zaki mengakui kalau tidak kerana Farhana dia kini tidak dapat berdiri lagi. Zaki juga mengakui kekadang dia akan tertukar antara Farhanis dan Farhana mungkin kerana mereka kembar.... Tapi adakah Farhana adalah pengganti kakaknya Farhanis.... Tidak bagi Zaki sayangnya pada Farhanis hanyalah untuk Farhanis tiada penggantinya.... Manakala sayangnya pada Farhana adalah cinta yang baru.... Cinta yang akan kekal

Sehingga kini hampir 5 tahun mereka Zaki&Farhana meneruskan kisah cinta mereka huh... sungguh lama mereka dapat pertahankan kisah cinta mereka. Bagi Zaki Farhanalah yang dia paling sayangi selain family dia. Dia berharap dia dapat memiliki Farhana sepenuhnya suatu hari nanti. Bila semuanye dah bersedia.

Aku hope pun gitu juga moga cita2 Zaki akan tercapai suatu hari nanti kerana aku rasa orang cam Farhana tu susah nak jumpa zaman sekarang.

Pesan saya jika anda mencintai seseorang tuh janganlah sampai tak ingat pade Allah s.w.t. Kitew hanya boleh merancang DIA yang menentukan.... Jika jodoh anda dengan lelaki/perempuan tu adew insyaallah anda akan memilikinya buat selama-lamanya, jika tak de jodoh anggaplah pasangan anda itu tidak ditakdirkan untuk anda.... Mungkin anda akan ditakdirkan dengan yang lebih baik....

p/s: jangan memjadikan diri anda seorang yang bodoh kerana putus cinta nyawa melayang... Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor... (eh! yg manew dulu ah aku tak ingat tak kisahlah manew pun boleh)

+ dikesempatan ini juga aku ingin menyedekahkan al-fatihah pada teman ku Siti Nur Syakira Adawiyah Bt Kamaruzaman semoga roh beliau dicucuri rahmat.....

Isnin, 17 Mei 2010

Ape yang dimaksudkan dengan 'Love"?


Love kalau dimelayukan akan membawa maksud cinta/sayang. Bagi akulah cinta/sayang ini tidak terhad pade seorang.... Sayang adalah untuk semua.... Kalau ditanyakan padaku 'siapa yang paling kau sayang?'

Aku akan menjawab dengan ikhlas pertama aku sayang pada Allah s.w.t., kedua Nabi Muhammad s.a.w., ketiga mama & abah aku, keempat isteriku nanti, kelima keluarga aku, keenam kawan ku yang sejati, ketujuh kawan-kawan aku, dan kelapan seluruh umat Islam.

Jika ditanya pula kamu tidak menyayangi kekasihmu?

Akan ku jawab merekalah kekasih-kekasih ku.... Kekasih pertama ku Allah s.w.t., kekasih keduaku Nabi Muhammad s.a.w., kekasih ketigaku mamaku, kekasih keempatku abahku, kekasih kelimaku isteriku dan keenamku ahli keluargaku....

Bagi aku tiada istilah couple dalam hidupku tapi teman perempuan aku adew.... couple dan teman adalah sama tiada yang berbeZa, kalau couple pun tak semestinya ke jinjang pelamin...

Kalau aku suka kat seseorang tu aku akan berkawan dengannya menjadi kawan yang sejati yang memahami dirinya, yang sudi mendengar keluhannya, yang sudi membantunya dikala susah... Kalau adew jodoh kahwinlah kalau tak de masih boleh menjadi rakan yang baik

Kita seharusnya menyayangi antara satu sama lain barulah wujudnya semangat bersatu padu. semangat untuk melindungi negara kitew dan melindungi agama kitew tercetus apabila adenye jalinan kasih sayang.

renungkanlah...
Cinta pada bunga akan layu,
Cinta pada manusia akan terpisah, tapi....
Cinta pada-Nya abadi.