Sabtu, 22 Mei 2010

Apabila ayat-ayat cinta bercerita



Habiburrahman Saerozi @ El Shirazy seorang novelis yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Malalui novel pertama yang dikeluarkannya iaitu ayat-ayat cinta seterusnya ketika cinta bertasbih 1 & 2 telah mengangkat nama beliau....

Aku di sini bukan untuk menceritakan biodata beliau kerana semua telah maklum siapa beliau, yang aku ingin ceritakan mengenai novel2 beliau, ape yg aku dapat darinya...

2 hari yg lalu sewaktu aku mebelek-belek akhbar yg dibeli papaku tiba-tiba aku tertarik dengan satu artikal mengenai novelis dari Indonesia ini... Tiba-tiba hati ini datang keinginan untuk membaca karyanya itu, sehebat manakah karyanya sehingga sekarang masih menjadi perbualan sebilangan orang...

Lalu saat itu juga aku mencari novelnya menerusi internet, hanya beberapa novel yang aku tahu seperti ayat-ayat cinta dan ketika cinta bertasbih... Suatu ketika dahulu aku pernah menonton filem ayat-ayat cinta ini melalui seorang sahabat jadi aku menetahuilah serba sedikit, tapi ku ingatkan cerita ini hanya menumpukan kisah cinta sahaja.

Aku berjaya menghabiskan novel ayat-ayat cinta dalam masa 4 hari disamping kesibukan dengan kerja. Kali pertama aku membacanya tak de ape2 yang berlaku namun makin lama aku makin tenggelam di dalamnya makin lama aku makin ghairah ingin mengetahui penamatnya. Akhirnya kau berjaya menamatkannya pada pukul 3 pagi tadi.

Hmm... banyak yang aku dapat dari novel ini. novel ini memperlihatkan aku bertapa besarnya kekuasaan tuhan, betapa dimulia & dilindunginya orang2 yg soleh padaNya. Aku turut diperlihatkan bertapa kasihnya Allah s.w.t. pada makhluknya tidak kira Islam @ non-Islam tambahan lagi pada yang benar-benar ingin memeluk Islam bertambah-tambah kasihNya. Allah s.w.t. memberikan hidayahnya pada sesiapa sahaja yg Dia mahukan malah Dia juga menutup pintu hidayahnya untuk sesiapa sahaja yg Dia mahukan. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu Maha Berkuasa atas segala makhluk ciptaanNya. Semoga kitew didalam orang2 yang dibukakan pintu hatinya dan dikurniakan hidayah dari-Nya

Selain itu, novel ini juga memperlihatkan kesucian cinta antara manusia dengan penciptaNya, manusia dengan pembimbingnya(Rasullah s.a.w) dan manusia dengan manusia yang berlandaskan Islam demi beribadah pada Sang Pencipta.

Bagi aku amat wajar novel ini diangkat sehingga ke antarabangsa sehinggakan difilemkan & diciptakan khas lagunya kerana novel ini adalah sebuah novel yang boleh menyedarkan orang ramai tentang keindahan & keagungan agama Islam, agama Allah s.w.t.

Semua ini apa yg aku dapat dari novel ini, mane tahu kamu yang lain boleh mendapat yang lebih baik dari yang aku dapat jika membacanya sendiri tak rugi rasenya diriku ini meluangkan masa untuk membaca novel sehebat ini.

Allah Maha Pemberi ia akan memberi pada hambanya yang betul-betul berkehendakan dan pada hambanya yang suka mendoakan untuk yang lain. Semoga Kita semua memperoleh hidayah dan keredhaan dari Yang Maha Agung untuk ke jalanNya... InsyaAllah

Aku akan habiskan 2 novel lagi InsyaAllah aku akan meluangkan masa aku jika ini adalah hidayahNya untuk ku

Tiada ulasan: