Selasa, 18 Mei 2010

Cinta yang terpisah.... Menemui cinta baru

Huh agak-agaknye apew yang aku nak tulis yer berkaitan tajuk nih?
Sebenarnye aku nak story kat korang suma satu kisah yang kawan aku ceritakan nih....
cerite die lebih kurang dengan gosip lagu selagi adew rindu tu, cuma laennya hero dia diselamatkan oleh seorang yang boleh dikatakan angel ah....
Tapi betul kew cite nih terjadi.... aku pun tak tau, tapi heroin cite nih aku kenal memang baik orangnya....

Kawan aku nih namanye Zaki(bukan nama sebenar). kite orang kenal kat sebuah kem mase kat sekolah menengah.

Citenye bermula mase die berumur 12 tahun mase baru nak kenal erti cinta lah katakan.... Zaki nih memang seorang yang baik. Pertemuan pertama dengan seorang gadis yang bernama Farhanis(bukan nama sebenar) berlaku di sebuah perpustakaan kat tempat diorang tinggal. Farhanis nih adew seorang adik kembar bernama Farhana(bukan nama sebenar). Sejak pertemuan mereka yang pertama mereka kerap berhubung adew yang membincangkan tentang pelajaran adew yang saje2 melepas rindu.

Tapi malang tu bak kate org xberbau (kalau berbau dah lama orang lari)
Mereka Zaki & Farhanis terlibat dalam satu kemalangan sewaktu mereka dalam perjalanan ke rumah Farhanis yang sewaktu tu kereta mereka naikki dipandu pemandu keluarga si Farhanis nih.... Zaki cite dia selepas kemalangan tu die dapat dengar suara Farhanis meminta tolong, dia pengsan selepas tu. Bile sedar jew dah kat hospital n sewaktu tu dia lihat adik Farhanis, Farhana sedang tidur disebelah nye.

Dia dapat tahu yang Farhanis dah meninggal dan telah dikebumikan jenazahnya sewaktu dia dalam koma.... Mase tu dia macam menyalahkan dirinya dengan kematian Farhanis.... Sampailah satu hari dia hampir membunuh diri dengan niat nak terjun dari bangunan hospital tapi masa tu Farhana lah datang menasihat Zaki memberi semangat kepadenye. Waktu tu jugaklah die sedar semua itu adalah takdir tuhan dan dia sedar yang setiap yang berlaku ade buruk dan baiknye.

Sejak itu Farhana lah yang menemani Zaki, menjadi pendengar yang setia dan pekongsi yang baik. Zaki mengakui kalau tidak kerana Farhana dia kini tidak dapat berdiri lagi. Zaki juga mengakui kekadang dia akan tertukar antara Farhanis dan Farhana mungkin kerana mereka kembar.... Tapi adakah Farhana adalah pengganti kakaknya Farhanis.... Tidak bagi Zaki sayangnya pada Farhanis hanyalah untuk Farhanis tiada penggantinya.... Manakala sayangnya pada Farhana adalah cinta yang baru.... Cinta yang akan kekal

Sehingga kini hampir 5 tahun mereka Zaki&Farhana meneruskan kisah cinta mereka huh... sungguh lama mereka dapat pertahankan kisah cinta mereka. Bagi Zaki Farhanalah yang dia paling sayangi selain family dia. Dia berharap dia dapat memiliki Farhana sepenuhnya suatu hari nanti. Bila semuanye dah bersedia.

Aku hope pun gitu juga moga cita2 Zaki akan tercapai suatu hari nanti kerana aku rasa orang cam Farhana tu susah nak jumpa zaman sekarang.

Pesan saya jika anda mencintai seseorang tuh janganlah sampai tak ingat pade Allah s.w.t. Kitew hanya boleh merancang DIA yang menentukan.... Jika jodoh anda dengan lelaki/perempuan tu adew insyaallah anda akan memilikinya buat selama-lamanya, jika tak de jodoh anggaplah pasangan anda itu tidak ditakdirkan untuk anda.... Mungkin anda akan ditakdirkan dengan yang lebih baik....

p/s: jangan memjadikan diri anda seorang yang bodoh kerana putus cinta nyawa melayang... Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor... (eh! yg manew dulu ah aku tak ingat tak kisahlah manew pun boleh)

+ dikesempatan ini juga aku ingin menyedekahkan al-fatihah pada teman ku Siti Nur Syakira Adawiyah Bt Kamaruzaman semoga roh beliau dicucuri rahmat.....

Tiada ulasan: