Khamis, 20 Mei 2010

Aku bukan malaikat mahupun nabi, aku hanyalah manusia biasa

aku hanyalah manusia biasa seperti kau orang.... takkanlah kau orang tak pernah melakukan kesalahan? manusia biasa takkan dapat lari dari melakukan kesalahan. Manusia tetap juga akan melakukan kesalahan biarpun hanya sebesar kuman....

Sedarlah wahai kau orang semua tiada manusia di atas muka bumi ini terbaik.... manusia tetap manusia, akan melakukan kesalahan juga walaupun kecil....


Tapi mengapa, mengapa kesalahan orang itu juga yang kau orang semua nampak!!! cubalah kau orang cermin diri kau orang semua adakah kau orang tu sebaik malaikat???? kalau kau orang rase diri korang dah terbaik cubalah korang tolong mereka yang lemah ni bukan menyalahkan mereka, menindas mereka atau mempergunakan mereka.....


Alahai manusia betapa malangnya kamu semua, kamu semua hanya dapat melihat semut biarpun berada diseberang laut, tapi kamu buta apabila tidak dapat melihat gajah didepan matamu.... mengapa?
Kamu dapat melihat kesalahan kecil yang dibuat orang disekitar kamu siap kamu semua kutuk lagi, tapi kamu tidak dapat melihat kesalahan lebih besar yang kamu lakukan yang kamu sedang lakukan....


Kitew bukan sesiapa untuk menghakimi sesiapa pun kerana kitew perlu ingat kitew juga sering melakukan kesalahan. Hanya DIA yang berhak menghakimi para makhluknya


Berubahlah semua jangan lah kerana masalah yang kecil dibesar-besarkan.... Ampunilah mereka yang membuat salah kerana kadangkala ia bukan disengajakan oleh sesiapa pun ia terjadi dengan spontan... Tak salah kitew memaafkan orang kerana memaafkan orang amat mulia disisi Allah s.w.t.


Satu lagi janganlah kitew asyik menuding jari antara satu sama lain kerana itu boleh dijadikan penyebab suatu perpecahan, Sebaiknya kitew mengaku kesalahan kitew apabila kitew melakukannya dan terima hukuman yang patut kitew terima dengan redho mungkin sesuatu yang baik menunggu kitew suatu hari nanti.


Kau orang suma fikirlah sendiri baik buruknya kerana aku pasti semuanya dah matang pandai berfiir baik buruknye k have a nice day
Hulurkan lah sebesar kemaafan,
untuk sekecil kesalahan sekalipun
renungkan

Tiada ulasan: