Selasa, 31 Ogos 2010

Story About my Friend's Zaki





21/8/2010 Kini dah 2 bulan berlalu sejak malam tarikh itu.... Die kini kelihatan gembira dan aku juga berharap dia akan mengecapi kegembiraan yg die rase kini hingga akhirnya....

Pada malam tarikh tersebut, tidurku dikejutkan oleh panggilan telifon dari seorang rakan bernama Zaki... Korang ingatkan? alah kawan aku yang pernah aku cite dulu... aku pun jawablah panggilan tu tiba-tiba aku t'dengar dia menangis fuh gabra gak aku mendengarnya...

Dah nangis aku tanyalah dia kenape kau nih... Dia bagitau aku, Die dah jatuh cinta kat sorang pompuan tuh tapi die takut nak cakap, dia still teragak2 pada hatinya.... Adakah die betul2 mencintai pompuan tuh? Adakah die telah menemui jodohnya atau hanya sekadar ujian sekali lagi... kalau nak tau Zaki nih dah 2 kali putus cinta kali pertama maut yang memisahkan, kali kedua pula entah asyik tu lah ni lah sakitnye sebelom tak pernah pun... So die pun fobia nak jatuh cinta lagi...

Sebagai sahabatnya aku paham akan perasaannya tapi bak orang kata " cinta itu boleh datang dan boleh pergi" cinta datang membawa kebahagian cinta pergi membawa pengajaran dan erti kehidupan... tiada siapa yang harus dipersalahkan. Aku yakinkan untuk dia berterus terang yang die suka pada pompuan tuh... lebih baik mencuba dari menyeksa diri sendiri

Setelah 2 bulan berlalu aku mendengar khabar dari temanku itu die cukup bahagia bersama gadis itu walaupun kadang2 mereka sering berselisih faham biaselah adat orang bercinta. Mereka berusaha mengenali & memahami diri masing-masing. Alhamdulilah aku juga turut gembira untuknya....

Aku bertanya apa harapannya pada gadis ini.... Die bagitau yang kalau boleh biarlah gadis ini menjadi yang terakhir untuknya... Biarlah gadis ini menjadi permaisuri dihatinya buat selama-lamanya.... Dia harapkan gadis ini akan menjadi teman hidupnya secepat yang boleh, kerana dia bahagia bersama gadisnya....

Aku bertanya pula adakah kau pasti ini ikhlas menyayangimu? adakah gadis ini cantik? Kenapa kau begitu menyayanginya? Dia menjawab YA aku pasti gadis inilah yang paling sesuai untukku... Cantek? bukan itu menjadi ukuran hatiku... bagi ku dia lebih baik dan lebih cantik dari berjuta-juta gadis yang aku pernah jumpa... Bagiku dia umpama bidadari cantek luarannya cantik lagi dalamannya... Aku menyayanginya lebih dari diriku sendiri dan aku tau dia patut dapat itu dariku kerana dia juga menyayangi ku sepenuh hatinya... keikhlasan hatinya telah die terjemahkan padaku melalui air matanya yang bak mutiara dan aku pasti ianya bukan dibuat-buat....

Aku terfikir kadang-kadang cinta itu perlu pada seseorang gadis dan seorang jejaka kerana cinta itu memberi kebahagiaan kekuatan dan boleh juga memberi matlamat dalam hidup kita.... apabial kita menyayangi seseorang itu kita sanggup berbuat apa saja deminya.... kita akan berusaha demi orang kite sayangi... tapi setiap pasangan itu haruslah menjaga satu sama lain agar tidak ada yang buruk berlaku... kena tau lah pantang larangnya...




Tiada ulasan: