Sabtu, 11 Disember 2010

Andai Dapat... Ku Undurkan Putaran Dunia... (As a best friend or family)

Aku dapat mesej dari seorang rakan... dari ayat kelihatan nye die sedang menghadapi masalah... Mesejnya berbunyi:-

" Walaupun dia menganggap aku sebagai sehabatnya sekalipun dia ingin menganggap aku & dia adalah adik beradik namun aku tidak layak untuknye sekalipun untuk menjadi sahabatnya"

sebagai seorang rakan aku terus menghubunginya untuk menenangkannya dan bertanyakan masalahnya...

dia menceritakan kepadaku dari awal hingga akhir... dari die mengenali seorang gadis kepada die tertawan dengannya, meluahkan perasaannya pada gadis itu setelah hampir 3 tahun mengenali gadis tersebut, membawa kepada penantian yg sungguh menyeksakan, kepalsuan yg dilakukan gadis tersebut, putus harapan dan kini kebenaran dah terdedah.... dan gadis itu masih ingin menganggapnya sebagai sahabatnya malah sebagai adik beradik...

Dia tidak dapat menerima apa yg didengarnya, apa yg dilakukan gadis itu... gadis itu menganggap semuanya tidak pernah berlaku... seolah-olah dia tidak pernah meluahkan perasaannya terhadap gadis itu, walaupun dah berkali-kali die menghantar e-mail dan mesej di laman ym... seolah-olahnya gadis itu tidak pernah membuatnya tertunggu-tunggu sehingga pelajarannya terabai... seolah-olah tiada perkara yg berlaku antara mereka berdua... seolah-olah sejak dulu lagi mereka hanya berkawan sehingga kini...

Mengapa gadis itu tidak pernah memahami perasaanya, susah sangat ke nak memahami hati seorang lelaki... aku pun tidak tau...

dikhabarkan gadis itu telah bersama dengan yang lain setelah perpisahannya dengan kekasihnya yang lama... sahabatku masih ingat gadis itu pernah memberitahu hatinya tidak terbuka lagi saat sahabatku meluahkan perasaannya dan sahabat ku itu rela menunggunya tapi penantian itu hanya sia-sia, suatu penyiksaan suatu penghinaan terhadap sahabatku... Buktinya sejak saat sahabatku meluahkan perasaannya terhadap gadis itu, gadis itu tidak pernah memandangnya sedikit pun... Hanya menganggap sebagai rakannya...

Disaat dia memerlukan sahabatku dia mencari-cari sahabatku dia menangis kepada sahabatku, namun bila dia tidak memerlukan sahabatku dia melupakan sahabatku... Inikah namanya perempuan...

Kini dia menganggap sahabatku itu sebagai keluarganya, boleh ka? kalau aku sendiri pun aku tidak dapat menerimanya sebagai ahli keluargaku setelah apa aku lakukan padanya dan setelah apa dia lakukan padaku... wajarkah menerima seseorang yang kita sayang lebih dari seorang sahabat kini menjadi family kita...

mungkin gadis ini memang tidak mahu menerima sahabatku tapi at least jangan membuatkan sahabatku itu menunggu... Mungkin dia sendiri tidak pernah sedar keikhlasan sahabatku itu...

Tapi yang paling aku kagum, walaupun diperlakukan begitu sahabatku itu masih mendoakan kebahagiaan gadis itu... namun dari suaranya, apa yang diceritakannya amat perih untuk dia menterjemahkannya amat susah untu dia melupakannya....

Wahai gadis-gadis diluar sana jangan engkau melukakan hati seorang lelaki... Jika tidak suka cakap tidak agar tidak membuatkan hati seorang lelaki terluka... Walau kau adalah makhluk ciptaan tuhan yg cukup indah untuk lelaki tapi jika kau melukakan hati seorang lelaki dengan penipuannya kau memang tidak layak mengahwini seorang lelaki yg budiman....

Andai dapat ku undurkan putaran dunia..... akan ku ubah segalanya..... supaya ia menjadi lebih baik daripada kini...

Selasa, 31 Ogos 2010

Story About my Friend's Zaki





21/8/2010 Kini dah 2 bulan berlalu sejak malam tarikh itu.... Die kini kelihatan gembira dan aku juga berharap dia akan mengecapi kegembiraan yg die rase kini hingga akhirnya....

Pada malam tarikh tersebut, tidurku dikejutkan oleh panggilan telifon dari seorang rakan bernama Zaki... Korang ingatkan? alah kawan aku yang pernah aku cite dulu... aku pun jawablah panggilan tu tiba-tiba aku t'dengar dia menangis fuh gabra gak aku mendengarnya...

Dah nangis aku tanyalah dia kenape kau nih... Dia bagitau aku, Die dah jatuh cinta kat sorang pompuan tuh tapi die takut nak cakap, dia still teragak2 pada hatinya.... Adakah die betul2 mencintai pompuan tuh? Adakah die telah menemui jodohnya atau hanya sekadar ujian sekali lagi... kalau nak tau Zaki nih dah 2 kali putus cinta kali pertama maut yang memisahkan, kali kedua pula entah asyik tu lah ni lah sakitnye sebelom tak pernah pun... So die pun fobia nak jatuh cinta lagi...

Sebagai sahabatnya aku paham akan perasaannya tapi bak orang kata " cinta itu boleh datang dan boleh pergi" cinta datang membawa kebahagian cinta pergi membawa pengajaran dan erti kehidupan... tiada siapa yang harus dipersalahkan. Aku yakinkan untuk dia berterus terang yang die suka pada pompuan tuh... lebih baik mencuba dari menyeksa diri sendiri

Setelah 2 bulan berlalu aku mendengar khabar dari temanku itu die cukup bahagia bersama gadis itu walaupun kadang2 mereka sering berselisih faham biaselah adat orang bercinta. Mereka berusaha mengenali & memahami diri masing-masing. Alhamdulilah aku juga turut gembira untuknya....

Aku bertanya apa harapannya pada gadis ini.... Die bagitau yang kalau boleh biarlah gadis ini menjadi yang terakhir untuknya... Biarlah gadis ini menjadi permaisuri dihatinya buat selama-lamanya.... Dia harapkan gadis ini akan menjadi teman hidupnya secepat yang boleh, kerana dia bahagia bersama gadisnya....

Aku bertanya pula adakah kau pasti ini ikhlas menyayangimu? adakah gadis ini cantik? Kenapa kau begitu menyayanginya? Dia menjawab YA aku pasti gadis inilah yang paling sesuai untukku... Cantek? bukan itu menjadi ukuran hatiku... bagi ku dia lebih baik dan lebih cantik dari berjuta-juta gadis yang aku pernah jumpa... Bagiku dia umpama bidadari cantek luarannya cantik lagi dalamannya... Aku menyayanginya lebih dari diriku sendiri dan aku tau dia patut dapat itu dariku kerana dia juga menyayangi ku sepenuh hatinya... keikhlasan hatinya telah die terjemahkan padaku melalui air matanya yang bak mutiara dan aku pasti ianya bukan dibuat-buat....

Aku terfikir kadang-kadang cinta itu perlu pada seseorang gadis dan seorang jejaka kerana cinta itu memberi kebahagiaan kekuatan dan boleh juga memberi matlamat dalam hidup kita.... apabial kita menyayangi seseorang itu kita sanggup berbuat apa saja deminya.... kita akan berusaha demi orang kite sayangi... tapi setiap pasangan itu haruslah menjaga satu sama lain agar tidak ada yang buruk berlaku... kena tau lah pantang larangnya...




Jumaat, 13 Ogos 2010

Ramadhan datang lagi....


Ramadhan datang lagi, tahun ini dah masuk kali ke 19 dalam 19 tahun hidupku di muka bumi Allah ini... walau zaman kecik-kecik aku dulu aku pun tak tau ape ke bende puasa ini... Usia yang mematangkan kita.... Hari ini adalah hari keempat umat Islam menunaikan rukun Islam ke-3 ini...

Tahun ini puasa jatuh pada 11/8/2010 dan Insyaa
llah Aidilfitri pula akan disambut pada 10/9/2010... 10 haribulan? ala... maknanya besday aku jatuh bulan puasa lagi la.... tak pe (2x) berkat@barakah bulan yang mulia tu adew Insyaallah....

Realiti@fakta? sekarang ini bulan puasa lebih m
eriah dari hari raya.... betul @ salah?;p cuba anda ingat... fikirlah sendiri... Agak-agaknya raya nanti adew tak semeriah bulan puasa nih???

bulan Ramadhan ini adalah bulan yang penuh barakahnya tambahan lagi pada malam lailatul Qadar malam yang sungguh agung... malam yang akan dipertingkatkan ganjaran pahalanya dari hari-hari yang lain.... Malam seribu malam.... Masya
Allah.... Tidak mahukah kita pada ganjaran pahala yang dijanjikannya yang menjadi lesen untuk kita untuk ke syurga...

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, janganlah pula kita mengotorinya dengan maksiat, dengan mengumpat sesama kita, fitnah menfitnah dan banyak lagi... kerana ia semestinya akan membawa kerugian kepada kita juga.... Sepatutnya dibulan yang mulia ini kita bukan sahaja puasa dari makan dan minum, mulut juga harus berpuasa dari mengata, menfitnah orang, mancaci, dan dari bercakap sesuatu yang merugikan puasa kit
a... Tangan kita juga harus berpuasa dari melakulkan sesuatu yang tidak berfaedah mencuri dan sbgnya.... mata kita terutamanya lelaki dari melihat aurat wanita...

Dikatakan bulan Ramadhan ini adalah bulan untuk kita berjimat cermat... Betul kew? aku rase bulan nih lebih ramai yang suka berbazir la... Terutamanya sewaktu dibazar-bazar ramadhan... Beli makanan yang sedap dimata lepas bila banyak kan dah membazir tu... Hmmm....

Bende nih sebelum puasa aku dah dengar dah... baju raya... huh t
erutamanya kaum hawa nih... belum puasa lagi dah sibuk sal baju raya... Aku pun heran napelah diorang nih cbuk2 sangat... katanya takut tak sempat nak jahit... dah kalau sorang tuh baju rayenye 2,3,4 pasang sorang memanglah tak cukup masa... cubalah hantar sorang satu jew baju raya tuh kat tailor mesti sempat... Masa inilah masa untu
k tailor2 diluar sana tuh mencari duit hahahaha....

Islam menegaskan untuk kite beserdahana, tapi kalau dah 4 pasang sorang tuh manewlah nak bersederhana lagi huhuhu.... (Jangan marah padew kaum-kaum hawa itu yer....)

Apa pun ucapan ku Selamat Menyambut Ramadhan dan moga ia memeberikan barakahnya kepada anda semua Waallahualam...

Khamis, 29 Julai 2010

Buat temanku,

Aku gembira kerana aku mempunyai teman seperti mu, yang selalu mendampingi ku di kala aku dalam kegembiraan mahupun aku dalam kesedihan kau sentiasa ada.... Kau amat bererti buat ku, dan tertitis air mata aku bila melihat mu menunggu masa mu. Adakah tiada lagi peluang untukmu dan untukku bersama buat masa yang lebih lama... Namun aku teruja apabila aku masih dapat melihat bibir mu masih mampu melemparkan sekuntum senyuman untukku.... Tapi kenapa kau boleh tersenyum walau kau telah mengetahui yang kau akan tinggalkan dunia yang fana ni, meninggalkan orang yang kau sayangi, meninggalkan aku.... Tidakkah kau terasa perit?

Tapi aku tahu ape yang tersembunyi di belakang senyumanmu itu, betapa peritnya hati mu ingin meninggalkan orang yang kau sayangi.... Aku bukan mengenali mu hanya buat setahun dua, jadi aku tahu benar ape yang ada di hatimu itu walau sebaik mane kau sembunyikan.

Telah banyak kematian yang aku lihat, dan ia berlaku pada orang yang aku sayangi orang yang sentiasa mendampingi ku.... Kenapa? Aku juga tak memahaminya hanya DIA yang Maha Mengetahui. Namun mungkin selepas ni sampailah saat aku pula meninggalkan dunia fana ini dan menemani mu di alam yang kekal nanti

Buat teman ku Nur Syuhada Ghazali al-Fatihah untukmu.......................................

Selasa, 20 Julai 2010

Tiadakah Kemaafan Untuknya lagi


Heran....
Kenape?

ruangan ini ditulis apabila hatiku ini terdetik sedikit keinsafan setelah melihat sebuah drama yang ditayangkan di ASTRO...

Mengisahkan seorang perempuan tua yang telah menghidap penyakit HIV pulang ke kampung halamannya untuk mencari sedikit ruang ketenangan... Namun sebaliknya berlaku, dia dikeji, dihina dan dicaci oleh penduduk kampung nya sendiri MasyaAllah sehingga begini sekali dia dicaci, sehingga begini sekali dia dihukum.... Apakah dosanya kepada penduduk kampungnya? heran begitu rakus sekali mansia ini...

Sebenarnya ia bukanlah perkara yang ganjil kerana ia kerap berlaku di mana-mana sahaja... orang seperti perempuan tua nih(yg menghidap penyakit HIV) selalu diperlakukan seperti ini dipulaukan oleh masyarakat, dicaci & dihina... Malah jika mereka meninggal tiada yang sanggup memandikan mereka... Saya bukan ustaz @ ahli ulama tapi saya pernah belajar menguruskan jenazah adalah suatu fardhu kifayah bermakna jika dalam sesebuah kampung tidak melaksanakan maka seluruh penduduk kampung itu akan menanggung dosa... Walaupun jenazah itu mempunyai penyakit berbahaya seperti ini adew caranya untuk menguruskan jenazah sepertinya....

Tidak tau akan cara penyakit seperti HIV ini merebak menyebabkan berlakunya pemulauan... Kurangnya ilmu fikirlah jika penyakit ini boleh merebak dengan mudah takkan lah pihak hospital melepaskan pesakit-pesakit ini begitu sahaja...

INFORMASI untuk para pembaca
1. Penyakit ini boleh berjangkit lalui penggunaan jarum suntikan yang sama.(kerana inilah penagih dadah mudah menghidap penyakit ini
2. Melalui darah mereka (untuk mencuci luka-luka pesakit memerlukan anda memakai sarung tangan plastik bagi menghindari wabak tersebar)

ini adalah beberapa cara penyakit ini blh merebak selain itu penyakit ini juga blh berjangkit melalui perkongsian penggunaan barang-barang...

PERHATIAN penyakit HIV ini takkan tersebar melalui udara... kalau senang tersebar melalui udara ramailah yang akan menghidap penyakit ini. Rujuklah dihospital bagaimana merawat mereka....

Penghidap-penghidap penyakit ini perlu dibantu dengan memberi sokongan hidup pada mereka, bukannya dicaci & dihina seperti kebanyakkan yang berlaku.... Mereka juga manusia.... Mungkin mereka pernah melakukan dosa suatu ketika dulu tapi mereka telah bertaubat bukan kite yang ditugaskan untuk menghukum.... hukumannya biarlah antara dirinya dengan Sang Maha Pencipta sahaja jangan lah kite mengganggu urusan Allah S.W.T.

Malah adew antara mereka yang tidak pernah diminta untuk menjadi seperti itu tetapi akibat kecuaian mereka, akibat mereka tersalah langkah, akibat dari paksaan orang yang tidak berperikemanusiaan mereka menghidap penyakit maut ini.... Takkanlah mereka-mereka ini juga kite nak hukum dengan memulaukan mereka, adilkah?

Sebelum kite menghukum orang cubalah kite meletakkan diri kite ditempatnya bagaimana kite rase dah lah berpenyakit, penyakit pula tunggu maut, dihina lak dek orang disekeliling.... Sedih bukan.... Adakah kitew ini manusia yang tidak bertamadun? adakah kite ini manusia yang tidak berperikemanusiaan kepada sesama manusia?

Renungkanlah....

*mohon maaf jika adew ayat diatas menyinggung mana-mana pihak sekadar perkongsian waallahualam........


Isnin, 19 Julai 2010

DUIT ALAHAI DUIT!!!



WOOOO!!!!!!! Banyak nye duit. Alangkah bagus kalau adew duit banyak cam ni lagi bayak, lagi bagus(hanya mampu berangan buat masa nih)

Hai dah lama aku tak mengisi ruangan blog aku nih huhuhu... kini daku kembali.....

PERHATIAN mitak maaf kat someone tu... sebab tercuri idea die... bukan niat nak mencuri sebenarnya tapi tetiba jew terminat dengan tajuk die...

Well betul kew duit nih segala-galanya sekarang? meh kite kire...

makan & minum... duit
elektrik & air... duit
Pakaian... duit
study... duit
CINTApun... duit
kahwin.... duit lagi....

Sapew kate cinta yang sejati tak memerlukan duit tu adew problem lah tu.... cinta pun memerlukan duit tau meh kitew tengok....

Korang berhubung menggunakan handphone ataupun telifon rumah.... hanphone korang kene topup baru blh call kekasih korang... kalau pakai phone rumah kene bayar bil jugak lainlah kalau mak bapak korang tak kesah kan diorang tolong bayar...

Kalau nak berhubung gune surat tapi orang dah tak main dah sekarang... nak kene gune pos laju baru cepat sampai kan maunya 2-3 ringgit skali hantar... mase yang korang luangkan kat pejabat pos lagi hahaha....

mase besday korang boy/girl friend korang bagi hadiah mestilah mahal bari rase dihargai... mase besday diorang lak korang tak nak balas kew? mesti balas kan.... duit jugak

Boleh dikatakan semuanya memerlukan duit tak de yang percuma lah even nak p tandas pun kene bayar siap adew list lagi tuh....

Duit nih bagaikan keperluan yang penting pade mase kini kalau tak de duit tak makan lah jawabnya.... Adew orang katew duit nih membahagiakan seseorang tu... lagi banyak duit yang die adew lagi bahagia seseorang tu. Tak kurang jugak yang mengatakan duit nih boleh melalaikan kitew... it's up to the person lah cam ne dia gunakan duitnya itu...

Pernah tak pegang duit yang banya RM5k ke? aku pernah lah malah 10k pun aku pernah tapi tu suma duit bos aku mintak tolong simpan. Perasaan pegang duit yang banyak nih memang best rase cam dunia ini aku lah yang punya hahaha.... Tapi takut jugak buatnya orang tau aku nih berduit dirompak lak....

Bagi aku sebnyak manew duit yang adew pun memang tak de yang hebatnya kerana lama-kelemaan dia akan habis juga kerana duit ini akan mengalir keluar seiringan dengan perjalanan hidup kitew bagaikan air sungai yang tak berhenti mengalir... Tambahan lagi dengan harga barang yang kian naik tapi tak pernah turun-turun nih alasan sebab minyak naik tapi bila minyak turun harga barang tetap same. heran kan...

Nak bagitau kat korang dulu aku tak pernah rase pun kepentingan duit nih kerana dulu ape yang aku nak aku dapat tunggu mintak jew... bukanlah nak katew keluarga aku nih tahap VVIP or VIP tapi mampulah nak bagi apew yang aku mintak tu memandangkan aku anak bongsu...

Kini aku sedar bertapa pentingnya duit tu setelah aku memasuki IPT. Aku memang menerima loan dari kerajaan nak kate tak cukup tu cukup sepatutnya tetapi cara penggunaan aku tuh keterlaluan... bayangkan habis jew semester duit loan aku tinggal 2,3 ratus jew aku pun heran ke mana aku belanjakan loan aku tuh... nak kate bayar duit sewa rumah aku menetap di kolej... Kadang-kadang terfikir kalau aku menyewa rumah sewa nanti cukup ke loan aku? even parents aku kate aku blh mintak kat diorang tapi takkan aku nak mintak n diorang kan loan kan dah adew... Kalau blh aku tak nak lah harapkan duit diorang lagi tapi kalau dah terdesak ape kan daye....

Konklusinya, duit tuh takkan cukup untuk kitew yang penting kita menghargai apew yang kitew adew dan menggunakan sebaik mungkin dan mendekati diri kitew dengan Allah s.w.t. InsyaAllah kitew akan mencapai kebahagiaan...

InsyaAllah aku nak menjadi seorang yang berjaya di masa akan datang dan tak perlu lagi bergantung padew parents aku malah aku lak yang membantu mereka Amin....

Duit oh duit dimana kau duit....

Selasa, 6 Julai 2010

BOSANNNN!!!!!!

BOSAAANNNN WEIIHH....

Hah tak de idea nak tulis lor... lagipun cbuk skang nih aduyaiii... nanti adew idea aku karang

hahhaha nak cari idea yang best2.... Nak kasi karang panjang2 huhuhu