Selasa, 20 Julai 2010

Tiadakah Kemaafan Untuknya lagi


Heran....
Kenape?

ruangan ini ditulis apabila hatiku ini terdetik sedikit keinsafan setelah melihat sebuah drama yang ditayangkan di ASTRO...

Mengisahkan seorang perempuan tua yang telah menghidap penyakit HIV pulang ke kampung halamannya untuk mencari sedikit ruang ketenangan... Namun sebaliknya berlaku, dia dikeji, dihina dan dicaci oleh penduduk kampung nya sendiri MasyaAllah sehingga begini sekali dia dicaci, sehingga begini sekali dia dihukum.... Apakah dosanya kepada penduduk kampungnya? heran begitu rakus sekali mansia ini...

Sebenarnya ia bukanlah perkara yang ganjil kerana ia kerap berlaku di mana-mana sahaja... orang seperti perempuan tua nih(yg menghidap penyakit HIV) selalu diperlakukan seperti ini dipulaukan oleh masyarakat, dicaci & dihina... Malah jika mereka meninggal tiada yang sanggup memandikan mereka... Saya bukan ustaz @ ahli ulama tapi saya pernah belajar menguruskan jenazah adalah suatu fardhu kifayah bermakna jika dalam sesebuah kampung tidak melaksanakan maka seluruh penduduk kampung itu akan menanggung dosa... Walaupun jenazah itu mempunyai penyakit berbahaya seperti ini adew caranya untuk menguruskan jenazah sepertinya....

Tidak tau akan cara penyakit seperti HIV ini merebak menyebabkan berlakunya pemulauan... Kurangnya ilmu fikirlah jika penyakit ini boleh merebak dengan mudah takkan lah pihak hospital melepaskan pesakit-pesakit ini begitu sahaja...

INFORMASI untuk para pembaca
1. Penyakit ini boleh berjangkit lalui penggunaan jarum suntikan yang sama.(kerana inilah penagih dadah mudah menghidap penyakit ini
2. Melalui darah mereka (untuk mencuci luka-luka pesakit memerlukan anda memakai sarung tangan plastik bagi menghindari wabak tersebar)

ini adalah beberapa cara penyakit ini blh merebak selain itu penyakit ini juga blh berjangkit melalui perkongsian penggunaan barang-barang...

PERHATIAN penyakit HIV ini takkan tersebar melalui udara... kalau senang tersebar melalui udara ramailah yang akan menghidap penyakit ini. Rujuklah dihospital bagaimana merawat mereka....

Penghidap-penghidap penyakit ini perlu dibantu dengan memberi sokongan hidup pada mereka, bukannya dicaci & dihina seperti kebanyakkan yang berlaku.... Mereka juga manusia.... Mungkin mereka pernah melakukan dosa suatu ketika dulu tapi mereka telah bertaubat bukan kite yang ditugaskan untuk menghukum.... hukumannya biarlah antara dirinya dengan Sang Maha Pencipta sahaja jangan lah kite mengganggu urusan Allah S.W.T.

Malah adew antara mereka yang tidak pernah diminta untuk menjadi seperti itu tetapi akibat kecuaian mereka, akibat mereka tersalah langkah, akibat dari paksaan orang yang tidak berperikemanusiaan mereka menghidap penyakit maut ini.... Takkanlah mereka-mereka ini juga kite nak hukum dengan memulaukan mereka, adilkah?

Sebelum kite menghukum orang cubalah kite meletakkan diri kite ditempatnya bagaimana kite rase dah lah berpenyakit, penyakit pula tunggu maut, dihina lak dek orang disekeliling.... Sedih bukan.... Adakah kitew ini manusia yang tidak bertamadun? adakah kite ini manusia yang tidak berperikemanusiaan kepada sesama manusia?

Renungkanlah....

*mohon maaf jika adew ayat diatas menyinggung mana-mana pihak sekadar perkongsian waallahualam........


Isnin, 19 Julai 2010

DUIT ALAHAI DUIT!!!



WOOOO!!!!!!! Banyak nye duit. Alangkah bagus kalau adew duit banyak cam ni lagi bayak, lagi bagus(hanya mampu berangan buat masa nih)

Hai dah lama aku tak mengisi ruangan blog aku nih huhuhu... kini daku kembali.....

PERHATIAN mitak maaf kat someone tu... sebab tercuri idea die... bukan niat nak mencuri sebenarnya tapi tetiba jew terminat dengan tajuk die...

Well betul kew duit nih segala-galanya sekarang? meh kite kire...

makan & minum... duit
elektrik & air... duit
Pakaian... duit
study... duit
CINTApun... duit
kahwin.... duit lagi....

Sapew kate cinta yang sejati tak memerlukan duit tu adew problem lah tu.... cinta pun memerlukan duit tau meh kitew tengok....

Korang berhubung menggunakan handphone ataupun telifon rumah.... hanphone korang kene topup baru blh call kekasih korang... kalau pakai phone rumah kene bayar bil jugak lainlah kalau mak bapak korang tak kesah kan diorang tolong bayar...

Kalau nak berhubung gune surat tapi orang dah tak main dah sekarang... nak kene gune pos laju baru cepat sampai kan maunya 2-3 ringgit skali hantar... mase yang korang luangkan kat pejabat pos lagi hahaha....

mase besday korang boy/girl friend korang bagi hadiah mestilah mahal bari rase dihargai... mase besday diorang lak korang tak nak balas kew? mesti balas kan.... duit jugak

Boleh dikatakan semuanya memerlukan duit tak de yang percuma lah even nak p tandas pun kene bayar siap adew list lagi tuh....

Duit nih bagaikan keperluan yang penting pade mase kini kalau tak de duit tak makan lah jawabnya.... Adew orang katew duit nih membahagiakan seseorang tu... lagi banyak duit yang die adew lagi bahagia seseorang tu. Tak kurang jugak yang mengatakan duit nih boleh melalaikan kitew... it's up to the person lah cam ne dia gunakan duitnya itu...

Pernah tak pegang duit yang banya RM5k ke? aku pernah lah malah 10k pun aku pernah tapi tu suma duit bos aku mintak tolong simpan. Perasaan pegang duit yang banyak nih memang best rase cam dunia ini aku lah yang punya hahaha.... Tapi takut jugak buatnya orang tau aku nih berduit dirompak lak....

Bagi aku sebnyak manew duit yang adew pun memang tak de yang hebatnya kerana lama-kelemaan dia akan habis juga kerana duit ini akan mengalir keluar seiringan dengan perjalanan hidup kitew bagaikan air sungai yang tak berhenti mengalir... Tambahan lagi dengan harga barang yang kian naik tapi tak pernah turun-turun nih alasan sebab minyak naik tapi bila minyak turun harga barang tetap same. heran kan...

Nak bagitau kat korang dulu aku tak pernah rase pun kepentingan duit nih kerana dulu ape yang aku nak aku dapat tunggu mintak jew... bukanlah nak katew keluarga aku nih tahap VVIP or VIP tapi mampulah nak bagi apew yang aku mintak tu memandangkan aku anak bongsu...

Kini aku sedar bertapa pentingnya duit tu setelah aku memasuki IPT. Aku memang menerima loan dari kerajaan nak kate tak cukup tu cukup sepatutnya tetapi cara penggunaan aku tuh keterlaluan... bayangkan habis jew semester duit loan aku tinggal 2,3 ratus jew aku pun heran ke mana aku belanjakan loan aku tuh... nak kate bayar duit sewa rumah aku menetap di kolej... Kadang-kadang terfikir kalau aku menyewa rumah sewa nanti cukup ke loan aku? even parents aku kate aku blh mintak kat diorang tapi takkan aku nak mintak n diorang kan loan kan dah adew... Kalau blh aku tak nak lah harapkan duit diorang lagi tapi kalau dah terdesak ape kan daye....

Konklusinya, duit tuh takkan cukup untuk kitew yang penting kita menghargai apew yang kitew adew dan menggunakan sebaik mungkin dan mendekati diri kitew dengan Allah s.w.t. InsyaAllah kitew akan mencapai kebahagiaan...

InsyaAllah aku nak menjadi seorang yang berjaya di masa akan datang dan tak perlu lagi bergantung padew parents aku malah aku lak yang membantu mereka Amin....

Duit oh duit dimana kau duit....

Selasa, 6 Julai 2010

BOSANNNN!!!!!!

BOSAAANNNN WEIIHH....

Hah tak de idea nak tulis lor... lagipun cbuk skang nih aduyaiii... nanti adew idea aku karang

hahhaha nak cari idea yang best2.... Nak kasi karang panjang2 huhuhu

Rabu, 23 Jun 2010

Warga UiTM Machang mengamuk!!!

Huh bla nak bukak U tuk semester baru nih maka ramailah warga uitm mengamuk tambahan lagi bila Unit Pengurusan Kolej & Non-Resident (UPK&NR) membuka FB mereka maka ramailah meluahkan rase tidak puas hati mereka terhadap pengurusan UPK di laman itu....

Kesian.... pihak UPK dan UiTM dimaki hamun di page tu.... Adew yg katew pihak UiTM ni xukur baju pade badan sendirilah, Tak sayangkan penuntut lah, nakkan penuntut merempatlah, Menipu penuntutlah....

Betul kew semua tuduhan nih? Sanggup kew UiTM buat semua ni?

Pendapat personal aku lah kan sebenarnya ak rase xpatut student menyalahkan uitm 100% sebab bende nih dah berlaku berzaman-zaman dulu takkan pelajar2 uitm nih tak tau kan semasa mebuat permohonan... Sepatutnya dari awal lagi, dari semasa mereka memohon uitm lagi diorng dah mengagak semua nih akan terjadi... Dunia ni semakin ke depan make dari tahun ke tahun makin ramailah lepasan spm yang cemerlang... Jika UiTM tak mengambil pelajar2 nih u manew lagi akan sanggup mengambil jumlah pelajar yang sebegitu ramai?

Lagipun asrama adalah percuma untuk pelajar jadi ianya adalah terhad al-maklumlah barang free kan demand pun banyaklah... So adewlah perkara yang mereka perlu tetapkan contohnya result, gaji ibu bapa tanggungan keluarga?

Kalaulah sayew yang kenew semua nih maksud saye terpaksa duduk di luar @ mencari rumah sewa terpaksalah saye terima dengan ikhlas kerana saya duk kat kolej tu pun bukannya kenew bayar... Nak tunjukkan UiTM masih ambik berat kat pelajar nih... UiTM dah menubuhkan unit Non-Resident(NR) untuk membantu para pelajar yg tak mendapat kemudahan kolej untuk mencari rumah sewa...

Tgk betapa prihatinnya UiTM mengambil berat kehidupan pelajarnya... UiTM mengambil pelajar pun bukannya kaum lain kalau adew pun 10% jew, UiTM mengambil pelajarnya dari kaum bumiputra.... Segala-galanya untuk membantu rakyat Melayu...

Bersabar jew lah yer.............

Isnin, 31 Mei 2010

Nasib Buruk


Pernah tak korang alami nasib buruk atau ape2 perkara yang seumpama dengannya... takkanlah korang tak pernah... Aku??? aku dah banyak kali dah cam nak lupakan suma nasib buruk tu demi ketenangan diri aku sendiri.... Tapi adew orang ckp la, and aku pun setuju n apew yang diorang tulis nih...


Di sini aku kongsikan n korang apew yang aku baca. Ni suma aku ambik dari sebuah buku...

"Pasti ada sebab atas segala nasib buruk yang melanda kitew. kadang-kadang ianya disebabkan oleh kesilapan manusia disekeliling kitew & kadang-kadang atas kesilapan kitew sendiri.

Dijadikan bala itu ada kalanya untuk menghukum dan ada kalanya untuk menguji sejauh mana akal menilai ilmu yang diberi.

Sebahagian besar kitew gemar menyalahkan kelalaian/kesilapan manusia lain apabila berlaku sesuatu bala musibah.

Berapa ramaikah yang sanggup melihat di cermin dan mengkaji atau mengakui kesilapan diri kitew sendiri"


Adakah korang suma setuju? yer apew yang ditulis suma tu betul bagi aku... bukan sahaja musibah yang melanda kitew malahan suma yang berlaku pada kitew baik buruknya pasti adew sebab munasababnya cuma kitew jew malas nak pikir... bilew senang kitew enjoy mulalah tak ingat tuhan tak ingat pada orang yg memerlukan, tapi bilew kitew susah ingat pulak kat tuhan siap maki hamun lagi kenapalah diturunkan bala... MasyaAllah.


Satu lagi bilew buat salah tu senang2 korang jew menuduh org lain yang menyebabkan korang ditimpa bala kalau betul tak pe lah jugak tapi nih siap buat story lagi... ishk... jatuh fitnah korang tau alahai... cuba-cubalah korang nilai dulu diri korang tuh cermin dulu betul kew org laen yang korang jadi cam tu ke korang sendiri yang buat.... cubalah mengaku kesalahan diri sendiri tak de salahnya gentleman lagi


"Setiap keilapan adalah pengalaman & setiap pengalaman adalah ilmu.

jika kite benasib baik, pengalaman pahit akan mengajar kitew untuk menjadi manusia yg lebih bijak dan cengkal.

Jika kite lemah kesilapan itu akan memusnahkan kita, alangkah malangnya jika kita dihukum atas kesilapan dan menjadi manusia yang tewas hingga ke akhir hayat."


Setiap kesilapan itu akan mengajar kitew erti kehidupan akan membantu kitew menghadapi hari yang mendatang... jangan biarkan diri kitew tewas untuk selama-lamanya selagi hayat dikandung badan selagi itu kitew memperjuangkan kehidupan kitew ke arah yang lebih baik. Berusahalah....


"Setelah berusaha, berdoalah memohon perlindungan kerana DIAlah yang Amat Berkuasa dan Amat Mengasihani terutamanya pada hambaNya"


Berdoalah kerana itu adalah senjata kitew berserahlah pada Allah. s.w.t. semoga dia memberkati perjalanan hidup kitew.



Doa Waktu Ditimpa Musibah

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali. Ya Allah berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibah)




"bacalah dan amalkan moga dengannya hidup kitew akan lebih aman"


Allahhuakhbar!!!!

Sabtu, 22 Mei 2010

Apabila ayat-ayat cinta bercerita



Habiburrahman Saerozi @ El Shirazy seorang novelis yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Malalui novel pertama yang dikeluarkannya iaitu ayat-ayat cinta seterusnya ketika cinta bertasbih 1 & 2 telah mengangkat nama beliau....

Aku di sini bukan untuk menceritakan biodata beliau kerana semua telah maklum siapa beliau, yang aku ingin ceritakan mengenai novel2 beliau, ape yg aku dapat darinya...

2 hari yg lalu sewaktu aku mebelek-belek akhbar yg dibeli papaku tiba-tiba aku tertarik dengan satu artikal mengenai novelis dari Indonesia ini... Tiba-tiba hati ini datang keinginan untuk membaca karyanya itu, sehebat manakah karyanya sehingga sekarang masih menjadi perbualan sebilangan orang...

Lalu saat itu juga aku mencari novelnya menerusi internet, hanya beberapa novel yang aku tahu seperti ayat-ayat cinta dan ketika cinta bertasbih... Suatu ketika dahulu aku pernah menonton filem ayat-ayat cinta ini melalui seorang sahabat jadi aku menetahuilah serba sedikit, tapi ku ingatkan cerita ini hanya menumpukan kisah cinta sahaja.

Aku berjaya menghabiskan novel ayat-ayat cinta dalam masa 4 hari disamping kesibukan dengan kerja. Kali pertama aku membacanya tak de ape2 yang berlaku namun makin lama aku makin tenggelam di dalamnya makin lama aku makin ghairah ingin mengetahui penamatnya. Akhirnya kau berjaya menamatkannya pada pukul 3 pagi tadi.

Hmm... banyak yang aku dapat dari novel ini. novel ini memperlihatkan aku bertapa besarnya kekuasaan tuhan, betapa dimulia & dilindunginya orang2 yg soleh padaNya. Aku turut diperlihatkan bertapa kasihnya Allah s.w.t. pada makhluknya tidak kira Islam @ non-Islam tambahan lagi pada yang benar-benar ingin memeluk Islam bertambah-tambah kasihNya. Allah s.w.t. memberikan hidayahnya pada sesiapa sahaja yg Dia mahukan malah Dia juga menutup pintu hidayahnya untuk sesiapa sahaja yg Dia mahukan. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu Maha Berkuasa atas segala makhluk ciptaanNya. Semoga kitew didalam orang2 yang dibukakan pintu hatinya dan dikurniakan hidayah dari-Nya

Selain itu, novel ini juga memperlihatkan kesucian cinta antara manusia dengan penciptaNya, manusia dengan pembimbingnya(Rasullah s.a.w) dan manusia dengan manusia yang berlandaskan Islam demi beribadah pada Sang Pencipta.

Bagi aku amat wajar novel ini diangkat sehingga ke antarabangsa sehinggakan difilemkan & diciptakan khas lagunya kerana novel ini adalah sebuah novel yang boleh menyedarkan orang ramai tentang keindahan & keagungan agama Islam, agama Allah s.w.t.

Semua ini apa yg aku dapat dari novel ini, mane tahu kamu yang lain boleh mendapat yang lebih baik dari yang aku dapat jika membacanya sendiri tak rugi rasenya diriku ini meluangkan masa untuk membaca novel sehebat ini.

Allah Maha Pemberi ia akan memberi pada hambanya yang betul-betul berkehendakan dan pada hambanya yang suka mendoakan untuk yang lain. Semoga Kita semua memperoleh hidayah dan keredhaan dari Yang Maha Agung untuk ke jalanNya... InsyaAllah

Aku akan habiskan 2 novel lagi InsyaAllah aku akan meluangkan masa aku jika ini adalah hidayahNya untuk ku

Khamis, 20 Mei 2010

Aku bukan malaikat mahupun nabi, aku hanyalah manusia biasa

aku hanyalah manusia biasa seperti kau orang.... takkanlah kau orang tak pernah melakukan kesalahan? manusia biasa takkan dapat lari dari melakukan kesalahan. Manusia tetap juga akan melakukan kesalahan biarpun hanya sebesar kuman....

Sedarlah wahai kau orang semua tiada manusia di atas muka bumi ini terbaik.... manusia tetap manusia, akan melakukan kesalahan juga walaupun kecil....


Tapi mengapa, mengapa kesalahan orang itu juga yang kau orang semua nampak!!! cubalah kau orang cermin diri kau orang semua adakah kau orang tu sebaik malaikat???? kalau kau orang rase diri korang dah terbaik cubalah korang tolong mereka yang lemah ni bukan menyalahkan mereka, menindas mereka atau mempergunakan mereka.....


Alahai manusia betapa malangnya kamu semua, kamu semua hanya dapat melihat semut biarpun berada diseberang laut, tapi kamu buta apabila tidak dapat melihat gajah didepan matamu.... mengapa?
Kamu dapat melihat kesalahan kecil yang dibuat orang disekitar kamu siap kamu semua kutuk lagi, tapi kamu tidak dapat melihat kesalahan lebih besar yang kamu lakukan yang kamu sedang lakukan....


Kitew bukan sesiapa untuk menghakimi sesiapa pun kerana kitew perlu ingat kitew juga sering melakukan kesalahan. Hanya DIA yang berhak menghakimi para makhluknya


Berubahlah semua jangan lah kerana masalah yang kecil dibesar-besarkan.... Ampunilah mereka yang membuat salah kerana kadangkala ia bukan disengajakan oleh sesiapa pun ia terjadi dengan spontan... Tak salah kitew memaafkan orang kerana memaafkan orang amat mulia disisi Allah s.w.t.


Satu lagi janganlah kitew asyik menuding jari antara satu sama lain kerana itu boleh dijadikan penyebab suatu perpecahan, Sebaiknya kitew mengaku kesalahan kitew apabila kitew melakukannya dan terima hukuman yang patut kitew terima dengan redho mungkin sesuatu yang baik menunggu kitew suatu hari nanti.


Kau orang suma fikirlah sendiri baik buruknya kerana aku pasti semuanya dah matang pandai berfiir baik buruknye k have a nice day
Hulurkan lah sebesar kemaafan,
untuk sekecil kesalahan sekalipun
renungkan